GEORGIAN DIVERS

 

SMK KGV adalah sebuah Sekolah Menengah kluster Kecemerlangan di Seremban Negeri Sembilan sejak tahun2008. Antara bidang kebitaraan sekolah ini ialah sukan renang. Manakala SCUBA adalah salah satu cabang dalam bidang kebitaraan renang. Selain dapat menghayati sukan renang dengan baik, para pelajar kgv juga dapat menambahkan kemahiran mereka dalam bidang scuba. Oleh kerana scuba merupakan suatu aktiviti bersifat elit maka hanya murid yang mahir berenang sahaja yang dibenarkan menyertai aktiviti ini.

Scuba mula diperkenalkan di kgv pada tahun 2009. Sejak itu aktiviti scuba terus diminati oleh warga kgv bukan saja di kalangan murid, tetapi ia juga diminati oleh guru dan juga staf kgv. Bermula dengan kursus asas pendedahan scuba di kolam renang kgv, kemahiran scuba yang disertai oleh warga kgv yang berminat akan berlarutan sehingga ke peringkat laut terbuka, iaitu di Pulau Tioman dan Pulau Perhentian. Setakat ini smk kgv dibawah seliaan Pusat Akuatik telah berjaya melahirkan 27 orang "divers" dalam kalangan murid, guru dan staf sokongan. 

Oleh kerana sambutan yang begitu mengalakkan maka Pusat Akuatik kgv terus aktif meneruskan bimbingan, latihan dan peluang yang luas kepada seluruh warganya untuk bergiat aktif dalam kegiatan scuba.  Buat masa ini kegiatan scuba laut terbuka akan dijalankan 2 kali setahun oleh Georgian Divers dengan kerjasama pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Setakat ini lokasi "diving sites" yang kerap dilawati untuk tujuan latihan adalah di Pulau Tioman. Ia dipilih kerana kedudukannya yang hampir dengan Seremban di samping mudah untuk sampai ke sana. Untuk perkembangan akan datang georgian divers berhasrat untuk menjalankan aktiviti scuba di Pulau Sipadan Sabah serta menjalankan program pemuliharaan terumbu karang di Pulau Redang. Semoga hasrat Georgian Divers akan berjaya dan sererusnya dapat melahirkan lebih ramai "divers" yang peka terhadap penjagaan alam marin yang amat berharga buat Malaysia.

Admin 

Submit a request to contract our services by visiting our Contact us page.